FILEM RAYA TAK JADI


Salam semua, Pada 12hb September 2011 - E Curve, Mutiara Damasara telah diadakan Majlis Pelancaran & Tayangan bagi Filem terbaru arahan Prof Razak Mohaideen iaitu Raya Tak jadi. Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Johan Raja Lawak dan Jalaluddin Hassan. Bakal ditayangkan pada 15hb September ini. Raya tak jadi menjadi filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures.





 Majlis berlangsung pada jam 11 pagi dengan jamuan ringkas yang penuh dengan juadah raya seperti sate, lontong, bihun goreng dan sebagainya. Diselangi dengan beramah mesar bersama artis, peminat dan para wartawan serta blogger.

Pada jam 1 petang, tayangan dimulakan di Hall 2 di panggung tersebut. Sebelum tayangan yang dihoskan oleh pengacara MHI Fedtri Yahya, berkesempatan kami mendengar ucapan oleh Pengarah filem, Prof Madya A. Razak Mohaideen.















Setelah itu tayangan bermula dan berakhir pada jam 3 petang. Kami sempatlah bergambar kenangan dengan Saiful Apek dan di majlis tersebut. Nantikan PADA 15HB SEPTEMBER 2011 INI. JUMPA DI PANGGUNG YA!


Comments

Popular Posts