Amy Uk's Di Segamat

Pada 4hb Disember 2011 bertempat di Dataran Segamat, Amy telah dijemput bagi mengadakan persembahan di sana. Sepatutnya tarikh persembahan pada 3hb Disember namun oleh kerana salah paham maka ditolak ke 4hb. Bukan itu sahaja, Amy terpaksa membuat persembahan tanpa Epy kerana beliau demam panas. Maka Amy terpaksa menghadirkan diri bersama Aizat (anak didik baru Amy).

Lebih kurang jam 3 petang, Amy menjadi juri bagi pertandingan Karaoke yang berlangsung sehingga jam 7 petang. Setelah itu, nama pemenang diumumkan dan Amy pun berehat sebentar sementara menunggu persembahan pada waktu malam tersebut.

Pada jam 8 malam, hujan lebat turun dengan tiba-tiba.. walau bagaimana pun itu tidak menghalang penonton untuk berada di kawasan dataran. Acara malam itu dimulakan dengan nanyian oleh Amy Uk's dan Aizat sebanyak2 buah lagu iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa dan kau satu-satunya. Seterusnya diselangi dengan Magic Show, acara main api dan sekali lagi persembahan oleh Uk's sebelum Pelancaran Bunga Api Sempena Fiesta Gemilang 2011, Segamat Flora Fest dan Pameran Buku.

Akhirnya acara pun selesai. Namun Uk's akan hadir sekali lagi ke Segamat pada 11hb Disember 2011 pula. Tunggu post seterusnya.



































Comments

Popular Posts