MTV UK'S KEMBALI BERBISA

oleh: Yana Hisham

Setelah hampir sebulan Uk's Records menandatangani kontrak edaran/ promosi bersama Syarikat NSR kini Uk's bakal menjalani penggambaran MTV UK'S KEMBALI BERBISA. Penggambaran yang akan dijalankan bermula 19 sehingga 21 Disember 2011 ini adalah bagi 6 buah video klip iaitu, lagu LEPASKANMU KERNA TERPAKSA, SESALAN, HATI YANG TERLUKA, RYTHM BERBUNYI LAGI, LUMRAH PERCINTAAN DAN AKU JATUH CINTA.

Salah sebuah video klip akan mempunyai kisah yang sedih di sebaliknya. Nantikan kemunculannya pada bulan Februari atau April 2012 ini.

Oleh kerana, Uk's sudah tidak muncul di persada seni hampir 11 tahun maka UK's Records berharap agar video klip ini dapat menepati konsep dan mempunyai persamaan dengan Uk's dahulu namun dengan pendekatan baru. Serta imej yang lebih matang berbanding dahulu kerana masing-masing yang sudah berumur dalam 40-an kecuali Epy yang masih dalam 20-an. Disebabkan itu, UK's Records memohon tajaan pakaian dari Smart Master yang menaja sebanyak 36 pasang baju khas untuk MTV ini.

Pada 13hb Disember lepas, Uk's telah ke outlet utama SMART MASTER bertempat di IOI MALL, PUCHONG. Mereka di layan oleh Manager Outlet iaitu Hong Leong. Setiap dari mereka diukur dan diambil saiz bagi pemilihan pakaian yang sesuai.

Nantikan MTV UK's Kembali Berbisa di Pasaran pada 2012. Tungguuu

























Comments

Popular Posts