ala emak kahwinkan aku....
assalamualaikum... jawab jangan tak jawab..
tiba-tiba teringat pada lagu "ala emak kahwinkan aku..." dari zainurin mohd don. eh eh bukan admin yang nak kahwin, tapi sebab minggu lepas Uk's Records sibuk menyediakan khidmat sewaan pa sistem dan deejay kenduri kahwin di dua buah tempat iaitu di Tapah & Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur.
kenduri yang pertama berlangsung di Tapah pada 12 Januari 2013. merupakan persandingan bagi 3 orang pasang pengantin. berlansgung di dewan PDRM, Tapah. memang meriah sungguh majlis tersebut ditambah dengan kehadiran tetamu yang ramai. ahli keluarga serba-serba berpakaian serba ungu. bermula dari jam 11 pagi sehingga 6 petang. Ukays bersama Airyn Farawaniz memeriahkan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu. manakala sebelah malam pula diadakan poco-poco, permainan kapal terbang kertas dan tak lupa juga nyanyian dan dihoskan oleh A.R Badul.. turut bersama memeriahkan suasana adalah Ayie & Airyn Farawaniz. majlis ditutup dengan percikan bunga api.

kenduri yang kedua pula berlangsung pada 13 Januari 2013 bertempat di Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Pertam kali menjejakkan kaki ke situ. merupakan sebuah kawasan perumahan. kami tiba seawal 7 pagi bagi memasang pa sistem. majlis bermula dengan upacara marhaban bagi majlis berendoi. pada jam 12 tengahari baru bermula majlis makan-makan dan Amy Ukays selaku dj bertugas memeriahkan suasana. begitu ramai yang tampil untuk menyanyi karaoke pada hari tersebut. ibarat sebuah konsert pula. Ramai juga artis tampil untuk menyambut Majlis Persandingan Amirul & Shahirah antaranya Mie Leon & Rahim.
Comments
Post a Comment