Show di Dataran Gemas

7 Dis 2014 - Hampir berada di penghujung tahun 2014, kami dijemput untuk mengadakan persembahan di Dataran Gemas, Negeri Sembilan. Kami jangkakan kurang yang hadir dek kerana perlawanan bola sepak antara Vietnam & Malaysia. Namun kami tiba sahaja di sana keputusan perlawanan telah diumumkan dan Malaysia kalah di tangan Vietnam. Mungkin kerana kekecewaan itu ramai yang hadir untuk mengubat hati yang terluka.

Pada mulanya dataran kosong dan kelihatan hanya beberapa orang yang sedang duduk di atas tangga pentas. Kami tiba dan petugas sedang setup meja untuk jualan cenderamata kami. Beberapa minit kemudian, deejay mengumumkan keputusan perlawanan dan rata-rata hampa dengan kekalahan tersebut. Ketika itu sedikit demi sedikit kami nampak beberapa kumpulan orang berlegar-legar di merata tempat di kawasan sekitarnya.

Deejay mewarwarkan kedatangan kami dan menanyakan soalan tentang perlawanan dan bergurau tentang ingin membatalkan persembahan malam itu. Namun mereka membalas dengan respon yang baik dan ingin persembahan diteruskan.

10 mini kemudian, deejay umumkan UK's ke pentas dan kami meneruskan persembahan kami dengan nyanyian lagu Bila Diri Disayangi. Pada masa itu dataran dikerumuni ramai orang dan terkesima sekejap melihat dari mana datangnya semua.

Hati kembali bersemangat kembali walaupun penat kerana berkejar-kejar menyelesaikan tugasan di siang hari tadi, Kini kami bernekad ingin menghiburkan semua. Sebuah demi sebuah lagu kegemaran peminat kami nyanyikan dan akhirnya jam 11 lebih selesai persembahan dan diikuti sesi fotografi bersama peminat. Teruja melihat semangat mereka semua. Alhamdulillah.

Ketika kami ingin berehat setelah selesai seorang peniaga gerai di dataran menjemput kami ke gerainya. Mereka dari BOY I AM menghadiahkan kami dua helai tshirt bertulis I AM AMY UK'S dan I AM AYIE UK'S. Gembira juga kerana dihadiahkan tshirt. Akan dipakai sampai lusuh tshirt itu.

Jam 1 pagi kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur kerana badan pun sudah keletihan. Megat memandu kami pulang dan jam lebih kurang 3 pagi kami tiba di rumah masing-masing.

semasa persembahan dan semasa sesi autograf


bergambar bersama peminat

Comments

Popular Posts