Latest Event

Wednesday, July 15, 2009

UK'S @ ZOUK

Dari kiri: Daniel, Eddy, Epy, Amy & Amirul

Amy Uk's sebagai komposer Ukays

Ukays
Kembali Berbisa
Oleh: Yana Hisham

14hb Julai 2009 - Menggamit kembali memori silam apabila UKAYS muncul kembali setelah hampir 11 tahun menghilang. Kemunculan mereka mengejutkan ramai pihak kerana ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal mendendangkan kembali lagu-lagu Ukays. Akhirnya, persoalan itu terjawab apabila kehadiran Mohd Jefri atau dikenali sebagai Epy ke atas pentas R&R di Zouk pada hari itu. Sememangnya para peminat tetap menyokong Ukays walaupun tanpa kehadiran Amir. Jeritan demi jeritan sokongan memeriahkan suasana di Zouk pada hari itu. 10 buah lagu Ukays dendangan Epy mengembalikan memori para peminat terhadap Ukays. Di antara lagu-lagu yang didendangkan adalah kau satu-satunya, kekasihku di menara, seksa, serta dua buah lagu baru iaitu lepaskanmu kerna terpaksa dan Kecoh Betul (lagu tema filem Kecoh Betul).

Namun bukan sahaja kehadiran Epy mengejutkan ramai pihak, tetapi dendangan lagu rock, Kecoh Betul memeranjatkan ramai pihak kerana konsep lagu Ukays yang berbeza. Walau bagaimana pun itu bukanlah konsep lagu terbaru Ukays ia hanya sekadar digunakan untuk menghiasi filem terbaru White Merpati iaitu Kecoh Betul arahan Baldev Singh dan Ikhzal Azfarel Ideris. Satu lagi kejutan adalah apabila pengacara pada hari itu menemu bual Amy UK's menyatakan bahawa lagu terbaru Ukays dihasilkan oleh beliau sendiri. Ini menampakan bahawa Amy Uk's bukan sahaja guitaris namun seorang komposer yang berjaya. Ini kerana lagu terbaru Ukays, lepaskan mu kerna terpaksa berjaya meyakinkan para peminat bahawa Ukays Kembali Berbisa.

Saksikanlah Ukays buat julung kalinya membuat persembahan di rancangan Rehat & Riadah (R&R) di saluran Muzik Aktif, Astro 180.

No comments:

Post a Comment