Interview bagi Asignments students MIM

Interview bagi Asignments students MIM



Sudah hampir seminggu telefon Amy berdering dengan panggilan dari para pelajar di MIM yang ingin membuat 'appoinment' tentang final project mereka. Maka pada hari ini iaitu Ahad bersamaan dengan 21hb Mac 2010 tercapailah hasrat para pelajar yang ingin menemubual Amy bagi projek tersebut. Setelah membuka pintu ofis Amy maka bermulalah mukadimah tentang projek mereka. Satu demi satu soalan diajukan namun berjalan dengan lancar. huh~lega


Menarik jugalah dapat berbual bersama para pelajar yang bakal menerajui tunggak negara di masa hadapan. Insya-allah. Eh, bila difikirkan kembali banyak juga panggilan dari para pelajar yang ingin menemubual Amy. Minta maaflah kepada mereka yang tidak berkesempatan Amy temui kerana jadual yang agak sibuk.

Amy turut selitkan beberapa keping gambar bersama para pelajar tersebut.
Terima kasih kerana sudi melawat studio Uk's Records!

Comments

Popular Posts