UKAYS KEMBALI BERBISA DI MYDIN

Hi!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ1Sj_dgE6PopH2DDJ9dWwEYOAoOaHgrMSsaBl3Sw-znz9PomAfilrOTHK3opU9KbwdfRHwtemgOJWgqOjx1h45PaeHzy27N9uxII3UWYwOXdhuMSq3ydpOMIt-pwU9fYL8okCtNxy_q-b/s1600/16.jpg

Destinati kedua bagi promosi album Ukays Kembali Berbisa merupakan di Mydin Subang Jaya. Jeng jeng.. Acara tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21 - 23hb Mei 2010. Memang best berada di sana kerana semua booth bekerjasama dengan baik dan diorang semua sangatlah 'sporting'.


Sempat juga Amy menemubual mereka bagi mempromosikan produk mereka. (iklan free lah katakan). Sambil promosi dapat merasa produk mereka dengan free juga. he he..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9uamVlQ8T0v-vIbUmbem2caKmfjyOS2rFqBnPIfFPFB5MgqF2F1PpR7X2cWLwaQ2czCrsfsiYi5p2MeBNYlyW1pImwpKbb1EqDWoBSA5aVLvlGpGb-o9593Hl7FeS7a-EbMJbQUFl7Iy_/s1600/7.jpg
Dalam masa yang sama, Epy sempat membuat persembahan bagi menghiburkan para peminat yang ada di sana. Memang best lah 'crowd' di sana sampai blocking jalan masuk ke Mydin. Sorry yer, pihak management! Kami pun tak sangka sampai begitu sekali keadaan peminat di sana.
Alhamdullilah, masih ada yang meminati Ukays walaupun bertahun lamanya tidak membuat show dan album.


Agak ramai juga yang telah membeli album Ukays pada hari tersebut. Memang rugi siapa yang tak beli. Agak lucu bukan? Insya-allah sekiranya semua menyokong kami diharap belilah album Ukays Kembali Berbisa secara original.

p/s: beli online pun boleh. hantarkan nama, alamat emel, alamat dan no tel pada kami. Dan bankin pd akaun kami, terus kami pos pada anda! tq

Comments

Popular Posts