Latest Event

Tuesday, July 6, 2010

Show di Sheration Imperial



Alhamdulillah~ akhirnya selesai juga show minggu lepas.


Kali ini kami dijemput bagi membuat persembahan di Hotel Sheraton Imperial di Kuala Lumpur.
Ia bersempena dengan Hari Ulangtahun ke -10 R-Zac Cosmetic.Bertemakan ungu dan hitam dengan konsep spa dan bunga-bungaan serta di sinari dengan cahaya lilin menyerikan suasana Ballroom pada malam itu. Para tetamu pula berpakaian cantik mengikut tema makin menaikkan seri suasana. Acara bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan dihoskan oleh Haiza dan Richie Rachman. Diikuti dengan ucapan oleh Dato' Maznah Mazlan merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.



Seterusnya Epy membuat persembahan diringi oleh Amy Uk's yang bermain gitar pada malam itu.
Epy menyampaikan 4 buah lagu pada malam tersebut dan sewaktu membuat persembahan terdapa tetamu yang memberi bunga ros kepada Epy. Wah~ best.


Diikuti pula sebagai acara penutup, nyanyian lagu-lagu dangdut oleh Ifa Raziah. Sempat juga abg Amy dan Epy dijadikan penari iringan pada malam itu.






No comments:

Post a Comment