Konsert Amal Gunung Lang DIBATALKAN

Pada 5hb Mac 2011 yang lalu, Uk's telah dijemput untuk mengadakan sebuah konsert Amal Perak.fm dan Sinar Harian yang berlangsung di Gunung Lang. Antara artis lain yang turut dijemput membuat persembahan adalah Mila, Screen, Kristal dan Baggio . Lebih kurang jam 3 petang, Mila dan Epy telah ditemubual live di radio RTM Perak.fm. Manakala pada masa yang sama, Abg Amy menjadi juri bagi Pertandingan Karaoke Nescafe yang disertai lebih dari 30 orang. Lebih kurang jam 5 petang, cuaca sudah mula menunjukkan tanda-tanda bahawa hujan akan turun di tambah pula dengan lagit yang mendung. Tak lama kemudian angin yang kuat disertai hujan lebat menyusul. Ramai berteduh di bawah pondok yang terletak berhampiran dengan kolam ikan dan pada waktu itu muncul angin yang seakan-akan puting beliung melalui pondok itu dan beberapa orang jatuh di atas lantai. Abg amy mengatakan bahawa seolah-olah angin tersebut menarik badannya dan beliau sendiri hampir jatuh. Sewaktu itulah, pentas utama roboh, membawa sekali peralatan - peralatan seperti lampu pentas, speaker, set drum dan banyak lagi yang berada di situ. Bukan itu sahaja, hampir semua khemah turut menjadi mangsa ribut itu. Memang kejadian yang disangka. Seorang penduduk di situ turut mengatakan bahawa ini bukanlah kejadian kali pertama malah beliau sendiri pernah menjadi mangsa apabila kenduri kahwin anak beliau yang diadakan di situ pernah juga melalui perkara yang sama. Adakah ini ujian Allah s.w.t atau sebaliknya?


Comments

Popular Posts