Radio Online terbaekk WCFM

Salam semua, pos kali ini kami ingin mengetengahkan sebuah Radio Online yang semakin mendapat sambutan pendengar di seluruh dunia. Radio Online ini dikenali sebagai WarungChat.FM atau WCFM. Terkenal dengan tagline mereka "Kita Kawan-Kawan, Tak mahu Lawan-Lawan".


Radio ini dikendalikan oleh Raja Rimba a.k.a WCFM Captain bermula 2 tahun lepas. Beliau menguruskan serba-serbi tentang website dan radio online tersebut. Intipati radio dan lagu-lagu permintaan yang menepati cita rasa pendengar menaikkan lagi jumlah pendengar mereka. Tambahan pula, setiap slot dipenuhi dengan dj-dj radio yang tidak jemu-jemu berceloteh bagi melayan kerenah pendengar. Antara dj-dj yang memeriahkan suasana adalah dj Raja Rimba, Dj Wak Jamal, Dj Sam, Dj Melda, Dj Maslynn, dj Maya dan Dj pak ngah.


Lebih menarik lagi, mereka menemuramah artis kegemaran ramai bagi memenuhi ruangan radio tersebut.
Antara artis-artis yang menjadi pendengar setia adalah Amy Ukays, Roshaslam Hizad, Tajul Samudera dan ramai lagi.




Jom kita ramai-ramai mendengar Radio WCFM ini dengan hanya satu klik di http://warungchat.com/ dan sertailah Group WCFM Member on FB http://www.facebook.com/groups/warungchat/




Berita Gembira kepada semua yang ingin memeriahkan lagi WCFM, yok! kita ke Jamuan Aidilfitri WCFM dan Pelancaran Group Radio Internet Online yang bakal dilangsungkan pada 2 Oktober 2011 ini bertempat di Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam, Selangor dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Makanan ditaja oleh Nasi Beriani Ori Batu Pahat.




Pada yang menghadiri majlis ini anda berpeluang memenangi cabutan bertuah iaitu hadiah penginapan bagi 2 orang ditaja oleh Country Inn Sdn Bhd. Tambahan pula pemenang pakaian tercantik bakal memenangi hadiah misteri. Huiyooo best tuu!


Dikesempatan ini Uk's Records Entertainment ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Raja Rimba kerana sudi mendedikasikan sebuah laman khas untuk mempromosikan lagu-lagu dari album terbaru Ukays Kembali berbisa. Link di sini ukays.warungchat.com atau di page bar di atas | MP3 Player


Tidak lupa juga ucapan SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DJ WAK JAMAL! Masih belum terlambat membuat ucapan buat kali yang kedua bukan? Moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan kasi kecoh Radio WCFM selalu.


Kami juga mendoakan agar Radio WCFM akan berkekalan dan akan menjadi salah sebuah radio yang terkemuka di seluruh dunia. Insya-allah. "Kita Kawan-Kawan, Tak mahu Lawan-Lawan".

Comments

Popular Posts