Latest Event

Sunday, October 23, 2011

Uk's di Uptown Puchong Maju Jaya

22 Oktober 2011- Uk's telah dijemput mengadakan persembahan di Uptown yang baru sahaja dibuka iaitu uptown Puchong Maju Jaya. Menempatkan khemah-khemah 10x10 dengan sewaan bayaran sehari RM15 sahaja. Baru sahaja 20 hari dilancarkan, kini hanya sebuah gerai sahaja yang baru dibuka. Kepada yang berminat bolelah terus ke sana dan berurusan dengan pihak pengurusan di sana.

Kawasan tersebut sememangnya sudah dikenali dengan gerai-gerai yang menjual makanan seperti masakan panas, satay dan burger. Namun ramai yang ke sana untuk melepaskan tekanan dengan melayan karaoke. Yang dikendalikan oleh dua orang Dj iaitu DJ Double R dan DJ MZ. Sememangnya menarik mendengar pembukaan sajak mendayu-dayu oleh DJ Double R dan suaranya yang komersial itu. Kalah dj radio.

Ramai juga yang menghadiri persembahan semalam, siap tempah meja bagi membolehkan mereka melihat persembahan. Paling seronok apabila mereka tidak berganjak dari kerusi mereka walaupun persembahan selama 2 sesi itu bermula jam 10.30malam - 12.30pagi dan sesi kedua pada jam 1.30pagi-3.00 pagi.

Terima kasih pada semua yang telah melihat persembahan Uk's dan memang sporting penonton-penonton semalam. Juga terima kasih kerana membeli album terbaru Uks' Kembali Berbisa. Cayalah!






No comments:

Post a Comment