WCFM EVENT

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Group Radio Internet Online WCFM & Majlis Penutupan Aidilfitri pada 2 Oktober 2011 lalu yang bertempat di Kolam Pancing Seksyen 24, Shah Alam.

Majlis yang diraikan bukan sahaja bersama-sama dengar pendengar setia WCFM malah di sokong oleh artis jemputan seperti Yazid Sejati, Tajul Samudera, Kumpulan Melissa, Boy Wow dan juga Ukays. Bermula dari jam 11pagi sehingga 4 petang. Para tetamu disajikan dengan Nasi Berani Ori Batu Pahat masakan dari Chef Amin iaitu sponsor rasmi bagi majlis tersebut. Tambahan lagi kek- kek yang ditaja.

Selain dari itu, tetamu turut di hiburkan dengan nyanyian dari Boy Mercury (WOW), Yazid Sejati, Ukays bersama Captain WCFM dan Wak Jamal - orang kuat di sebalik tabir WCFM dan ramai lagi.

Acara kemuncak merupakan acara cabutan bertuah bagi Percutian ke Cameron Highland yang dimenangi oleh 2 pendengar WCFM juga. Ramai lah yang melepas...





Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan ramai yang berpuas hati dengan perjalanan majlis tersebut, Moga WCFM terus berkembang dan menjadi salah sebuah stesen radio terkemuka di tanahair kita. WCFM NO #1! "KITA KAWAN-KAWAN TAK MAHU LAWAN-LAWAN!"




Comments

Popular Posts