Latest Event

Wednesday, November 2, 2011

El Izzat Cafe

Pada hari yang sama Uk's mengadakan persembahan, Uk's juga turut dijemput mengadakan persembahan di El Izzat Cafe di Melaka bagi memeriahkan orang-orang Melaka. Memang ramai yang menjamu selera di situ kerana bukan sahaja itu mereka boleh berhibur sambil berkaraoke. Ramai juga yang berbakat membuat persembahan di sana.

Persembahan Uk's bermula dari jam 11 hingga 3 pagi. Setelah itu peminat boleh membeli album dan mendapat poster dari Uk's. Setelah selesai kami pun pulang semula ke Kuala Kumpur. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.









No comments:

Post a Comment