NSR Menjadi Pengedar Rasmi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilkahi. Kini Uk's Records telah berkerjasama dengan pihak NSR bagi edaran album ke 4 Uk's iaitu Kembali Berbisa. Kontrak telah di sain dengan rasmi pada 28hb Oktober 2011 yang lalu. Setelah beberapa minggu dalam perbincangan akhirnya kontrak di tandatangi dengan sah. Alhamdulillah.

Insya-allah bermula dari 21hb November 2011 ini, album tersebut akan mula diedarkan ke seluruh kedai-kedai cakera padat di seluruh Malaysia. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar, insya-allah.

Jika tiada aral melintang pada 23 November 2011 pula, sebuah Majlis Pelancaran Album serta Sidang Akhbar akan diadakan di Hard Rock Cafe dengan menjemput pihak media serta mereka yang terlibat menjayakan album ini.

Setelah itu Uk's akan terlibat dengan penggambaran mtv bagi ke enam buah lagu iaitu, Lepaskanmu kerna terpaksa, Sesalan, Hati yang terluka, Rythm Berbunyi lagi, Lumrah Percintaan dan Aku Jatuh cinta duet Amy Uk's & Yana Samsudin. Penggambaran tersebut dijadualkan pada 19-21 Disember 2011. Dijangka semua akan disiarkan di kaca tv pada Februari 2011. Insya-allah

Pada semua yang menantikan MTV Karaoke...TUNGGUUUU...

Kami dari Pihak UK'S RECORDS ENTERTAINMENT ingin berterima kasih dari hati kepada semua yang terlibat menjayakan album ini dan pada semua peminat Uk's yang sentiasa menyokong dan menantikan karya dari UK's. Bantulah industri muzik tanahair dan bantu mengembalikan keaslian muzik Melayu yang diminati ramai. Terima kasih sekali lagi.

Comments

Popular Posts