Fiesta Wanita dan Keluarga Negeri Perak , Batu Gajah, Perak

Pada 18hb Disember, kami (Amy, Yana, Epy dan Malik) berada di Batu Gajah, Perak sempena Fiesta Wanita dan Keluarga Negeri Perak. Di mana Uk's menjadi bukan sahaja sebagai artis pada malam itu malahan Abg Amy Uk's ditugaskan sebagai hos dan juga juri. Pada jam 8.30 malam Amy menjadi juri bagi pertandingan Karaoke yang diadakan dan seramai 9 orang menyertai pertandingan tersebut. Setelah itu, Amy dan Epy memulakan persembahan dan menjadi hos pada malam itu.

Persembahan kedua diikuti oleh Heela Monica yang kini telah muncul dengan single terbaru bertajuk MIGRAIN. Beliau menyanyikan 2 buah lagu dan kemudian diikuti dengan persemabahan Afie Utopia yang mempunyai kemampuan vokal yang begitu mantap. Sememangnya teruja mendengar alunan suara beliau. Tambahan pula lawak spontan dan nyanyian oleh Bandi Amuk memeriahkan suasana.

Setelah itu, pihak penganjur mengumumkan pemenang Pertandingan Karaoke dan akhirnya Cabutan Bertuah yang berbesar hati memberi hadiah berupa sebuah skuter eletrik, tv plasma, peti ais, dan macam-macam lagi. Memang meriah sungguh fiesta tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.











Comments

Popular Posts