Latest Event

Thursday, December 29, 2011

MTV Uk's Kembali Berbisa Part 1

Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan nak menyiapkan MTV UK's Kembali Berbisa. Namun hanya Allah swt sahaja yang tahu kerana segala ujian datang dariNya. Namun kami anggap semua itu hanyalah sedikit ujian yang Allah swt turunkan kepada hambaNya. Apalah hidup tanpa ujian.

Jika anda sudah mengikuti pos sebelum ini anda akan tahu yang kami krew dan  Uk's telah mengadakan persembahan di Fiesta Wanita dan Keluarga Negeri Perak di Batu Gajah pada18hb Disember. Makanya kami selesai pada jam 12 malam. Bertolak pulang pada jam 1 pagi dan oleh kerana kepenatan masing-masing tidur di dalam kereta dan tiba di KL pada lebih kurang jam 3 pagi.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Ipoh kami dapat tahu bahawa gitar bass pula tiada untuk digunakan pada hari shooting. Maka kelam kabut Amy menelefon semua rakannya untuk mencari gitar bass pada jam 1 pagi. Kelam kabut betul. Kami pula tiba pada jam 4 pagi  di Taman Maluri untuk mengambil van bagi mengisi semua alatan muzik dan pakaian. Oh dengan badan keletihan terpaksa mencari gitar bass. Tiba di rumah Din Ukays pula line tiada makanya tidak dapat hubungi. Setelah cuba dan mencuba akhirnya dengan keadaan kecewa kami pun meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing kepenatan dan dalam keadaan tertekan. Hanya Allah swt tahu betapa tegangnya suasana ketika itu. Akhirnya berjaya meminjam dari kawan Zali (pemain gitar bass undangan).

Kami pun terus menuju ke pejabat di Seri Kembangan. Terus kami mengemas kesemua alatan dan barangan. Lebih kurang jam 6.30 pagi, Assistant Director iaitu Ah Fu datang ke pejabat dan mengambil sebahagian lagi ahli kumpulan. Terus kami bergerak ke Port Dickson dan sempat berhenti sarapan pagi di R&R Nilai. Apalagi pekena dulu NASI LEMAK & TEH TARIK. hamboii makan tak hingatt punya!

Setelah hampir 1 jam perjalanan kami pun tiba di Port Dickson. Lama betul tak ke sana, sudah berubah rupanya bandar Port Dickson. Kami pun menuju ke pantai yang kurang dikunjungi oleh pelawat. Amy, Epy dan Afif (pemain keyboard undangan) menuju ke bilik air terlebih dahulu bagi membersihkan diri, manakala Ali dan Zali sedang ditata rias oleh juru mekap. Chewah! Make up artis pada hari tersebut terdiri dari 2 orang iaitu Dawson Wee dan Stanley dari Ds Creation dan Image. Mereka berdua memang profesional tapi sangat sporting. Tambahan pula kami semua kepala gila-gila. Manakala krew produksi terdiri dari 3 orang sahaja Paul Wong sebagai Director dan 2 lagi krew bertugas. Kalau dilihat memang nampak ringkas sahaja peralatan mereka tapi kerja dijalankan dengan efisien dan cepat.

Penggambaran pada hari tersebut adalah bagi 2 lagu iaitu Sesalan dan Hati yang terluka. Sesi penggambaran tamat pada jam 6 petang dan disambung pula keesokkan harinya.















































No comments:

Post a Comment