PENINGKATAN TERKINI LEPASKANMU KERNA TERPAKSA


Oleh: Yana Hisham
Pengarah Bersama Uk's Records Entertainment

Jam susah menunjukkan 5.25 pagi, mata pun sudah mula mahu menutupkan tirainya. Tapi hati tetap mahu 'update'. Alhamdulillah siap sudah 'renew' blog dengan muka baru dan dengan 'style' yang lebih simple. Apa macam ok tak? Tahun 2012 sudah pun hampir masuk ke bulan kedua makanya tinggal lagi 10 bulan lagi. Pejam celik, pejam celik masa begitu pantas berlalu. Album Uk's Kembali Berbisa sudah berada di pasaran lebih kurang 1 bulan. Alhamdulillah, kini MTV Uk's Kembali Berbisa sudah pun hampir siap editing. Namun begitu permintaan peminat sudah banyak. Lagi menaikkan semangat kami untuk menyiapkan dalam masa terdekat. Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu. Nantikan bulan Februari 2012 nanti, insya-allah.
Bukan itu sahaja yang mendapat permintaan tinggi. Cenderahati Uk's Kembali Berbisa seperti bagde, T-shirt dan Poster juga mendapat perhatian ramai. Malangnya, t-shirt Uk's Kembali Berbisa masih belum dapat distok lagi. Nantikan stoknya bulan Februari nanti.

Oh ya, ingin juga saya berkongsi berita gembira buat semua. Baru-baru ini THR Gegar telah memperbaharui radio capsule mereka dengan bukan sahaja wajah baru malah mereka juga telah menambah fungsi-fungsi baru seperti My Favs (di mana anda boleh menyenaraikan lagu kegemaran anda), Online Charts (carta online yang diundi oleh peminat) dan Entertainment Update (berita terkini tentang hiburan). Tak sangka pula semasa baru-baru melayari Capsule tersebut lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu itu lagu Uk's masih belum disenaraikan. Selang dua hari kemudian, lagu Uk's- Lepaskanmu kerna terpaksa berada di tangga ke 5. Seterusnya keesokkannya berada di tangga ke 4, dan selang beberapa hari kemudian di tangga  ke 3. Alhamdulillah pada tarikh 27 Januari 2012 di tangga ke 2.

Di tangga ke 3

Di tangga ke 2

Sumber oleh: THR Gegar


Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menyokong kami dan Uk's. Insya-allah kami akan berusaha dengan kuat dan doakan kami agar terus maju ke hadapan. Jangan lupa undi lagu Lepaskanmu kerna terpaksa di Carta THR Gegar.

Comments

Popular Posts