Latest Event

Monday, January 7, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Bersama U.k's

Gambar sumber dari Google


Alhamdulillah tahun baru telah pun tiba dan tahun 2012 pergi meninggalkan kita.

Terdapat pahit getir, suka duka, tawa gembira dan berbagai pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama rakan-rakan, keluarga dan semua sepanjang 2012.

Bukan mudah untuk berjaya dan untuk berjaya kita perlu berusaha. Tiada 'shortcut' untuk mengecapi kejayaan. Bukan MLM atau Skim Cepat Kaya serta LOTERI dapat membuat kita kaya serta merta tetapi USAHA, TAWAKAL & ALLAH yang memberi kita kekayaan.

Lagu LEPASKANMU KERNA TERPAKSA telah pun mendapat sambutan di Malaysia kini UK's Records ingin melangkah setapak lebih jauh untuk memperkenalkan lagu ini di Indonesia & Thailand pula.
In Sha Allah.

Mudah-mudahan 2013 akan memberi lebih banyak makna buat kita semua. Tahun 2013 Uk's Global Resources akan menjadi Tunggak kepada Uk's Records untuk ke luar negara. Kami juga akan menampilkan sebuah album baru dari artis kami iaitu Airyn Farawaniz & U.K's juga turut akan menghasilkan album Masih Berbisa. In Sha Allah.

Marilah kita doakan agar kita agar segalanya berjalan dengan lancar di tahun 2013. Amin..

No comments:

Post a Comment