Uk's di Dataran Nilai - Sambutan Tahun Baru






 Amy, Ayie & Airyn Farawaniz

















Sempena tahun baru 2013 Uk's dan Airyn Farawaniz telah dijemput memeriahkan Dataran Nilai.  Persembahan dimulakan dengan band Otai yang memainkan beberapa buah lagu. Tiba-tiba tak diduga elektrik putus. Rupa-rupanya terbakar, lebih kurang 1 jam menunggu kedatangan TNB dan masalah diselesaikan. Sebelum tu Airyn Farawaniz sempat menghiburkan penonton dengan 3 buah lagu iaitu Luka dilukai, Dag dig dug & mas joko.

Pada jam 11.15 giliran Uk's pula beraksi namun hanya sempat menyanyikan 1 buah lagu sebelum upacara memasang bunga api dijalankan di tengah padang dan 'Countdown' bermula dan akhirnya bunga api dipasang. Menandakan Tahun Baru telah pun tiba.


Pada jam 12 U.k's menyambung semula persembahan dengan lagu Pahit akan manis akhirnya, Kekasihku di menara, Lepaskanmu kerna terpaksa, dan Di sana  menanti di sini menunggu. Walaupun sudah lewat masih penuh padang dengan penonton. Aksi lucu Amy membuat ramai tertawa. Tepat jam 1 persembahan dari U.k's pun tamat. Selepas itu disambung dengan aktiviti menandatangani album, bergambar dan juga jualan cenderamata rasmi U.k's. 




Comments

Popular Posts