Selamat Datang 2014!

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum.. 2013 telah berlalu meninggalkan kita, kini 2014 sudah berkunjung tiba. Terima kasih kepada semua yang masih menggunakan servis kami dan mempercayai kami. Pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui sepanjang beberapa tahun ini dan itu menguatkan lagi semangat kami untuk teruskan. Bagi mereka yang ingin mencuba bidang baru terutama bidang perniagaan, kami sarankan anda cari "semangat" dan kuatkan mental anda sebelum terjun ke bidang ini. Peniagaan bukan suatu bidang yang mudah dan pelbagai pancaroba akan anda tempuhi. Tipu lah kalau di dalam peniagaan anda kata ianya suatu yang MUDAH kerana tiada MUDAH di dalam perniagaan. Beberapa kali anda akan JATUH & BANGUN dan terasa seperti anda ingin BERHENTI. KEWANGAN? Ya, itu merupakan isu utama di dalam mana-mana perniagaan. Pinjaman BUKAN jalan penyelesaian dan juga bukan JALAN MUDAH untuk anda BERJAYA dalam perniagaan. Pinjaman dari institusi kewangan yang TERJAMIN seperti bank adalah lebih baik dari pinjaman dari mereka yang menjanjikan wang dengan CARA MUDAH. Fikir sebaiknya sebelum anda MENYESAL. KEPERCAYAAN? Ini merupakan isu besar dalam perniagaan. Kawan makan kawan adalah perkara biasa dalam mana-mana sektor termasuk juga isu peribadi. Namun dalam bidang perniagaan anda KPERCAYAAN boleh memberi impak positif mahupun negatif kepada perniagaan anda. Tahun lepas merupakan tahun yang mencabar di mana kami belajar dan mengenali rakan-rakan dengan lebih baik. Dari perniagaan kita boleh gunakan sebagai GPS untuk mengesan di mana INTAN PERTAMA dan di mana KACA. Ya, tidak dinafikan KACA ada juga BAIKNYA tetapi gunalah dengan sewajarnya dan kesan di mana TAJAMNYA KACA itu. PERBAIKI KEKURANGAN & KESILAPAN. Ya, In Sha Allah. Tidak semua yang kita lakukan dapat memuaskan hati semua pihak tambahan di dalam budang perkhidmatan (servis). Kadangkala setelah tamat ada saja bunyi-bunyi di belakang yang masih tidak berpuas hati. Namun tanamkan di dalam diri "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" walaupun kadangkala tidak logik juga permintaan mereka. Jadi gunakan AKAL & FIKIRAN untuk memberi alasan logik kepada permintaan mereka. Tetapi sentiasa beringat mereka adalah "CUSTOMER". Banyakkan bersabar dan fikir positif. Pastikan servis dan diri anda KEMAS di mata mereka atau dalam erti kata lain tampak PROFESIONAL. Profesionalisme dapat menarik lebih ramai POTENTIAL klien semasa anda menjalan servis. BUSINESS CARD & MEDIA. Ini penting untuk perniagaan anda. Please invest YOUR MONEY in MARKETING. Jangan kedekut untuk berbelanja dalam mempromosikan perniagaan anda. Pastikan anda mempunyai TARGET MARKET untuk menyasarkan promosi anda. Jika tidak anda akan mengalami kecelaruan identiti seperti memakai stokin kanak-kanak di kaki yang bersaiz besar. Amat tidak sesuai bukan? ALL THE BEST! SEMOGA 2014 INI DIMURAHKAN REZEKI DAN DAPAT KAMI PERBAIKI KESILAPAN DI TAHUN-TAHUN LALU. AMIN. KATA-KATA DARI MEJA PENGARAH DI JAM 2.11 SETELAH SELESAI MEMIKIRKAN SEGALA KEKALUTAN DI MEJA MAKAN TADI. SEGALA SILAP & SALAH HARAP DIMAAFKAN. KAMI AKAN CUBA & CUBA...DAN SENTIASA MENCUBA.

Comments

Popular Posts