Latest Event

Monday, October 27, 2014

Show di Awana Kijal



20 Oct 2014 - Kami telah dijemput buat julung kalinya ke Kijal Terengganu sempena Go Green Sheeq Grand Dinner oleh Petronas Chemical Ammonia Sdn Bhd yang berlangsung di Awana Kijal Resort.

Kami tiba di sana pada jam 10 pagi dan terus berehat di Awana Kijal Permai dek kerana mata yang keletihan. Kami bertolak pada jam lebih kurang 3 pagi oleh itu masing-masing mata dah macam panda.

Setelah puas berehat kami pun bersiap sedia untuk sound check di Awana Kijal pada jam lebih kurang 4 petang bersama staff Petronas. Terasa lagi penat badan namun kami teruskan jua.











Selepas kami diberikan sedikit info tentang perjalanan majlis malam itu kami pun meminta diri dan berehat sebentar di restoran berdekatan. Maklumlah perut dah berbunyi tanda minta diisi. Selesai sahaja menjamu selera kami bergerak ke tempat penginapan untuk bersiap sedia.

Lebih kurang jam 7.40 setelah selesai bersolat dan mandi kami pun menuju ke Awana Kijal Resort.
Kami berehat sebentar di Dewan Kemasik bersama DJ Sham dari Kelantan FM yang menjemput kami ke sana. Lebih kurang jam 9 malam kami pun dijemput ke pentas dan memulakan persembahan







Persembahan kami selesai pada jam 11 malam dan kami berehat sebentar di Dewan Kemasik dan setelah menjamu selera kami pun bergerak ke tempat penginapan kembali untuk bersiap-siap pulang ke Kuala Lumpur.

Apakan daya waktu tidak mengizinkan kami untuk tinggal lebih lama. Lebih kurang jam 1.30 kami bergerak kembali dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang 8 pagi. Alhamdulillah selamat tiba walaupun kepenatan.

Terima kasih kepada Dj Sham yang menjemput. Ribuan terima kasih kepada Megat Amir kerana memandu kami ke destinasi. Kepada Miza dari Pertonas yang melayan kami. Dan juga terima kasih kepada Zarul yang cek keadaan kami sepanjang majlis. Tak lupa jutaan terima kasih kepada CEO yang meminati lagu Lepaskanmu kerna terpaksa dan menjemput kami ke sana.

Harap-harap semua berpuas hati dan sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan. Maklumlah kami manusia sentiasa membuat kesilapan.

Insha-Allah jika diizinkan Allah swt kami akan ke Terengganu lagi. Insha-allah.




No comments:

Post a Comment